latest comments

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI

 


RESEPI MASAK LEMAK CILI PADI KETAM 😋
jangan lupa , ketam kena cari yang betina baru banyak isi. Di samping itu, kalau nak beli ketam kena beli masa seminggu selepas bulan purnama. Kalau memasak makanan laut, saya suka masakan yang simple supaya kemanisan rasa semulajadi makanan laut tidak hilang dek rasa rempah ratus bahan. Jadi untuk masak lemak hari ini, saya menggunakan Masak Lemak Cili Padi Nogori. Hanya menggunakan santan, cili padi dan kunyit sahaja. Ringkas bahan bahan nya tapi tetap sedap meletop.
Bahan bahan;

3 ekor ketam betina
1-2 biji kelapa - santan pekat
Segenggam cili api
1 inci kunyit hidup
Garam
1/2 keping asam keping
Cara cara:

Potong ketam dan bersihkan. Kisar cili padi dan kunyit dengan santan sehingga lumat.
Satukan bahan kisar dengan santan dan kacau rata. Jerang atas dapur dan sentiasa di kacau supaya santan tidak berketul.
Bila hampir mendidih, masukkan ketam, daun kunyit dan garam secukupnya.
Bila ketam masak, bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI Reviewed by penghentam setia on 22:18 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.