Sate diperbuat dari kepingan daging potong yang dicucuk menggunakan lidi kelapa atau buluh. Kebiasaanya, sate akan diperap menggunakan bahan-bahan tertentu yang kemudianya dibakar menggunakan arang kayu. Terdapat pelbagai jenis satay diantaranya:
Sate Daging
Sate Ayam
Sate Kambing
Sate Arnab
Sate Perut
Satay Pedal
Sate kerang
Sate Ikan
Sate Ayam atau Daging.
Hirisan Daging Atau Ayam * potong sebesar ibu jari
Lidi
Bahan Kisar.
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai *dihiris
3 cm lengkuas
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
Bahan-bahan lain:
2 sudu kecil Ketumbar * telah disangan dan tumbuk halus.
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar jintan putih
10 sudu besar Kicap Pekat Manis
2 ketul gula melaka* dipotong kecil atau dihiris
2 sudu garam
4 sudu gula putih
Minyak *agak-agak tidak terlalu banyak, tidak terlalu sedikit.
Cara- cara:
Satukan daging ayam atau daging lembu dalam satu bekas.
Kemudian blend bahan kisar dengan minyak, (pastikan minyak dapat belend kesemua bahan, jika tidak tambah minyak).
Setelah blend hancur, tuangkan kedalam bekas yang berisi daging tadi, dan masukan bahan-bahan seperti rempah , gula, garam kicap dan sebagainya.
Gaul rata bahan-bahan tersebut. (rasa bahan perapan, biar manis lebih tidak mengapa, rasa sedikit tak apa, jangan geli pula, nak sedap kan? ).
Kemudian perap semalaman atau selama 4 jam, untuk memberi rasa yang sebati dengan daging dan rempah.
Selepas perap, cucuk daging tadi dengan lidi, dan boleh lah siap dibakar.
Bakar menggunakan (30% MINYAK + 70%AIR GULA +SERAI * yang diketuk hujungnya.), bertujuan untuk renjis atau sapu pada satay semasa proses pembakaran.
Setelah siap, boleh dihidang bersama nasi impit, timun, bawang dan kuah kacang.
Selamat Mencuba!
Sumber : amazingayu
RESEPI SATAY ENAK LEMBUT DAN SEDAP
Reviewed by penghentam setia
on
14:03
Rating:
No comments: