latest comments

Malay Baked Chili Cheese Fries


Wah? Nampak tak baru jer masak tadi terus hapdet sekarang jugak. Begitulah hendaknya bila dah atasi masalah kemalasan upload gambar dengan membeli Macbook Air untuk birthday sendiri tempoh hari. Sekarang guna Photo Stream saja, on wifi, semua gambar dah beratur masuk Macbook (eh tak biasalah bahasakan laptop sebagai Macbook, cam berlagak sangat. Tapi kalau Meor lagi teruk, dia suruh sebut betul-betul, Macbook. Air. Baru.).


Sebelum mula dengan resepi, nak ucap thank you kepada my BFF Meor or like I always call him, Meow, sebab temankan beli and ajar cara nak guna. Pastu sebagai makcik yang takutkan pada perubahan, I juga pinta Meor untuk install semua Microsoft Office sekali, LOL. Meor is like my Apple stuff go-to guy. Dulu nak beli iPhone pun, heret dia gak. Di keheningan petang birthdayku, I whatsapp'ed him, Meor... 'I need you :('. Dia terus dropped everything he was doing and was all 'Hanis whats wrong I am here for you now'. Ingatkan masalah pakwe/kucing mati/tayar pancit, rupanya 'I need to buy Macbook Air :('. Gedik sangat, tapi bersyukurlah ya Hamis Jalikha is back. Pasti rajin dan selalu belog setelah teknologi mampu menyetelkan kerja remeh seperti transfer gambar. Nyah kau dari sini kerja remeh.

Hamis Jalikha pun bolehlah fokus kepada kerja yang tak pernah dipandang remeh mahupun enteng, iaitu masak-memasak dan makan-memakan. Jadinya resepi untuk hari ini ialah Malay Baked Chili Cheese Fries. Hah dah kenapa ada Malay di hadapan nama resepi. Bukan sebab chef racism at its best, tapi sebab canned chili susah nak cari, jadi terpaksa guna blended cili kering yang dah dikisar sekali dengan sedikit belacan. Akhir rasa dia sangat masakan Melayu! Dap! Boleh cuba.


Blended cili kering plus belacan sebagai canned chili substitute.



Fries.


Mozarella Cheese. I pilih this cheese sebab dia senang meleleh pastu memang sedap.




Mula-mula sediakan 'fake canned chili' aka 'sambal tumis Melayu'. Blended cili and belacan tadi campur garam, ajinomoto and some cili sos. Make sure sampai pecah minyak and masak betul sebab kita bake dia dalam oven nanti tak begitu lama, so takut tak masak sangat pastu cherry berry tomorrow.



Sambil itu, tuang semua fries mentah dalam tray, dan lumur dengan (kita tak biasa pakai cooking spraykan) olive oil sajer. Untuk mitchy matchy rasa dia, sprinkle some oregano. Takde oregano pun takpe. Takde olive oil pun takpe. Gunalah butter ke apa pepandai situ.

Panaskan oven dengan suhu 180', pastu bila oven dah panas, bakar for like 20minutes (kot?, I am not good with precise timing, I always godek2 keluarkan tengok dah masak ke tak). Bakar jelah sampai rasa dah masak/rangup2 hujung fries tuh, LOL. 

Make sure pakai sarung tangan tebal masa nak keluarkan dari oven, jangan nak guna kain lap tipis bodoh jer pastu tumpah nasi telah menjadi bubur kat lantai dapur tuh. Tiba-tiba. Nampak sangat drama kat dapur tadi hahahaha rugi half of my fries sob.



Agak-agak fries dah masak, letak 'sambal tumis melayu' kat tengah, dan sprinkle mozarella cheese banyak-banyak. (Dalam gambar nih belum habis sprinkle dah tangkap gambar. Gelojoh nak berbelog. Terima kasih teknologi). Kemudian bake untuk lagi 15minutes? I don't know... you need to always peek and agak sendiri, sebab maybe our fries tak sama banyak or your oven tak setua bangka as my oven, or you masak takde drama2 fries bertaburan sampai you lose track of time. Jadi pandai2lah dengan timing masakan sendiri k.

Pastu siap! Wah? Senangnya. Macam tak deserve satu blog post jer resepi nih, tapi sebab ramai yang tanyakannn. Silalah nikmati Malay Baked Chili Cheese Fries. Jauh sekali rasanya dengan dekat Carls Jr. KAHKAHKAH.





Gituew. Is it good?




Well... Daddy said it's really sedap. But then he's my dad. Alisya makan banyak (which dia jarang sekali), tapi Alisya memang a big fan of my cooking walau masak apa sekalipun. Mmmm my brother Khairi yang langsung tak expressive akan perasannya itu makan tambah 2kali, so... SEDAP LETTEW. Goodluck!

Sumber : inibelogsaya

Malay Baked Chili Cheese Fries Malay Baked Chili Cheese Fries Reviewed by penghentam setia on 00:47 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.