latest comments

Resepi Peniaga Pulut Panggang Utara

Image result for pulut udang panggang

Bahan-Bahan Resepi Pulut Panggang:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan pekat
Daun pisang
Garam
Bahan Inti Pulut Panggang
200 gm isi ikan kembung
1 biji bawang besar
3 ulas bwg putih
1 paket kecil udg kering
1 batang serai
1 cawan santan
1 genggam kelapa parut
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh halba
1/2 sudu teh jintan manis.
Cara-Cara Membuat Resepi Pulut Panggang:
1. Beras pulut basuh dan direndam semalaman untuk membuat resepi pulut panggang nie.
2. Buang air redaman dan kukus pulut sekejap dalam 5 minit
3. Angkat pulut dan masukkan santan dan garam dan dan gaul.
4. Biar 30 minit supaya beras tadi memanjang.
5. Kukus semula 30 minit lagi sehingga pulut masak.Selepas masakan ketepikan.
6. Sekarang kita buat inti resepi pulut panggang. Blend ikan, udang kering, cili, bawang besar dan bawang putih, serai dan semua rempah.
7. Panaskan kuali masukkan bahan kisar, kelapa parut dan santan. Masak hingga kering
8. Masukan garam dan gula secukup rasa. Siap inti resepi pulut panggang.
9. Ambil daun pisang yang telah dilayur dan disapu sedikit minyak
10. Letakkan dua sudu pulut yang siap dikukus tadi diatas daun psiang.
11. Leperkan pulut tadi memanjang dan masukkan sesudu inti pulut panggang diatas pulut tadi. Biarkan bahagian hujung tiada inti pulut panggang
12. Gulung inti dalam pulut tadi dan gulung bersama daun pisang
13. Ketip dengan staple kedua belah hujung kiri dan kanan daun pisang. Atau boleh guna lidi
14. Bakar atas kuali leper atau atas bara arang salama 5 minit (sekejab sahaja sebab semua bahan resepi pulut panggang dah masak). Bakar hanya untuk naikkan aroma daun pisang dan pulut panggang keras sedikit. Siap.

Resepi Peniaga Pulut Panggang Utara Resepi Peniaga Pulut Panggang Utara Reviewed by penghentam setia on 00:26 Rating: 5

2 comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.