latest comments

Resepi Sambal Tumis Udang Petai

Sambal Tumis Udang Petai

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-Bahan:

  • 500 gram udang
  • 1 mangkuk ulas petai
  • 1 batang serai, dititik atau ketuk
  • 1 mangkuk minyak masak
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat
  • 3 sudu air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram
Bahan untuk kisar halus:
  • 15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara Penyediaan:

  1. Buang kulit dan bersihkan udang.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar halus sehingga pecah minyak.
  3. Jika sambal agak kering, tambahkan sedikit air dan kacau sehingga sambal betul-betul masak.
  4. Masukkan air asam jawa dan sos tiram kemudian diikuti serai, udang, petai dan bawang besar.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Tips

  • Udang jangan terlebih masak kerana isinya akan menjadi keras, kecut dan tidak sedap. Memadai dengan hanya kacau beberapa minit di dalam sambal dan apabila isinya sudah bertukar menjadi merah, tutup api.
Resepi Sambal Tumis Udang Petai Resepi Sambal Tumis Udang Petai Reviewed by penghentam setia on 07:38 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.