latest comments

Resepi Rempah Perap Daging Kambing Bakar Black Pepper


Image result for daging perap black paper
Tips Cuci Daging Kambing :


  1. Gaul daging kambing dengan gula. 
  2. Basuh daging kambing dengan tepung gandum.
Gaul daging kambing dengan gula tu untuk cepatkan keluarkan darah dari daging kambing tersebut. Biar je 10 minit atau seberapa lama anda suka. Jangan la sampai berjam-jam pulak, bila nak perap kalau macam tu. 

Dah settle gaul dengan gula, basuh daging kambing dengan tepung gandum. Ayah cakap, nanti kurang bau hamis.

Ok. Daging kambing dah siap cuci. Jom buat rempah perap daging kambing bakar black pepper pulak.

Resepi rempah perap daging kambing bakar black pepper ni untuk hidangan 2 kg daging kambing.

Bahan-bahan untuk Rempah Perap Daging Kambing Bakar Black Pepper.

  • Lada Hitam (segengam)
  • Bawang Putih (1 labu)
  • Sos Cili
  • Sos Tiram
  • Minyak



Cara sediakan Rempah Perap Daging Kambing Bakar Black Pepper.

  1. Ketuk bawang putih.
  2. Panaskan kuali. Tumis bawang putih.
  3. Bila dah naik bau, masukkan lada hitam.
  4. Biarkan sejuk. Tumbuk lada hitam dan bawang putih sehingga lumat.
  5. Dalam mangkuk lain, campurkan sos cili dan sos tiram

Cara perap daging kambing :

  1. Gaul daging kambing dengan lada hitam dan bawang putih yang dah ditumbuk lumat sehingga sebati.
  2. Then, gaul dengan sos cili dan sos tiram
  3. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama lagi sedap.
Mudah kan? Siap dah daging kambing diperap untuk acara BBQ. Nak grill pun boleh.

Selamat mencuba dan Terima Kasih kerana membaca.

Sumber : http://ummunuraini.blogspot.my

Resepi Rempah Perap Daging Kambing Bakar Black Pepper Resepi Rempah Perap Daging Kambing Bakar Black Pepper Reviewed by penghentam setia on 10:29 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.