latest comments

RESEPI SOTONG SUMBAT BAKAR THAI DARI KEDAI MAKAN TERKENAL


RESEPI SOTONG SUMBAT BAKAR THAI
.

.
Ya Ampun sedapnya Sotong Sumbat Bakar Thai ni, Resepi ni plak diambil dari kedai makan member asben. diantara menu paling popular di kedai tu
.
Bahan-bahan:
• Sotong saiz besar
• Isi udang segengam
• Telur 1 biji
.
Bahan-bahan sos:
• 5 ulas Cili kecil
• 4 sudu gula
• Secubit garam
• 3 sudu cuka makan
• 3 ulas bawang putih
• 2 ulas Bawang merah
• 2 sudu kecil tepung jagung
• Sedikit air
• Hirisan daun ketumbar
.
Bahan-bahan kisar inti:
• 1 ulas bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 3 hirisan Halia
.
Cara-cara:
1. Hancurkan isi udang gaul dengan telur dan bahan Kisar.
2. Sumbat inti tadi dalam sotong, ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.
3. Bakar sotong sumbat tadi, saya guna pemanggang ajaib sahaja kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.
4. Blender atau tumbuk dan tumis semua bahan, boleh tambah bilangan cili ikut tahap kepedasan yang anda nak, masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
5. Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan Siap untuk dimakan.
6. Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiz, selamat menjamu selera.

 

RESEPI SOTONG SUMBAT BAKAR THAI DARI KEDAI MAKAN TERKENAL RESEPI SOTONG SUMBAT BAKAR THAI DARI KEDAI MAKAN TERKENAL Reviewed by penghentam setia on 20:18 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.