latest comments

Kerabu Sotong Ala Thai - Resepi Rahsia Kedai Tom Yam


"KERABU SOTONG ALA THAI" resepi dari chef kedai siam

Setengah kilo sotong yang besar baru sedap

1 batang serai *
5biji cili api merah *
1biji bawang *
1biji tomato *
2biji limau nipis
Fish sos (Tak dak ni tak power)
Daun ketumbar agak-agak sahaja

Siang sotong nya sampai bersih,kemudian panaskan api didihkan air.Air dah mendidih masukkan sotong kacau sekejap lbh kurang 4minit jangan lama-lama nanti terlalu keras tak sedap.

Dah masak boleh angkat masukkan ke dalam mangkuk besar mudah untuk gaul nanti.

Barang2 yang aida tanda * potong halus tomato dengan bawang jangan terlalu halus nanti tak sedap.

Masukkan ke semua bahan2 yang dah dipotong halus tadi kedalam sotong.Masukkan sedikit kicap ikan agak-agak jangan banyak sangat nanti masin.Masukkan garam dan gula gaul sebati last sekali perah limau ikut kesukaan masing2 nak masam macam mana.

Daun ketumbar patah-patah kan sahaja letak sedikit ke dalam sotong yang dah siap digaul dan untuk hiasan bahagian atas pinggan.

Dah siap untuk ngappp!
Boleh guna udang,ketam juga sebagai tambahan.

Selamat mencuba ðŸ˜˜

P/S:Nak masakkan sedap kacau masakkan lawan jam,masa masak dan basuh bahan masakkan baca selawat 3kali in sya allah masakkan sedap,suami dan anak2 bertambah syg(Rahsia pikat hati suami dan anak)

Kredit Resepi : noorfazrina aida

 

Kerabu Sotong Ala Thai - Resepi Rahsia Kedai Tom Yam Kerabu Sotong Ala Thai - Resepi Rahsia Kedai Tom Yam Reviewed by penghentam setia on 19:43 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.