latest comments

Resepi Rahsia Buat Tart Nenas Gulung Cair Dilidah


TART NENAS GULUNG

Bahan Untuk Kulit Tart:( Dapat 180 Biji tart)
1 kg tepung gandum
625g mentega (2 1/2 buku mentega)
4 kuning telur
1 putih telur
1/2 sudu teh garam halus
15g gula halus
1 sudu teh esen vanilla

Bahan Untuk Jem Nenas
Sumber :Jintan Manis
2 biji nenas 
3/4 cawan gula pasir
sedikit pewarna kuning
cara Menyediakan Jem Nenas :

  • Buat Jem nenas dahulu,  blender nenas dengan secawan air, curahkan dalam kuali bersama gula dan sedikit pewarna kuning, kacau selalu dan biarkan betul-betul pekat dan jus nenas nye agak kering. sejukkan terlebih dahulu.
Sapuan: 1 kuning telur + pewarna kuning + 1/2 sk air-kacau sebati

Cara membuat:
  • Campurkan kuning telur,putih telur,garam,esen vanilla dan pewarna kuning dalam mangkuk kecil.Pukul sedikit.
  • Dalam mangkuk besar,gaulkan mentega,gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti.
  • Kemudian masukkan campuran telur tadi.Gaul sebati.Masukkan dalam acuan tat gulung kemudian picit dan letakkan jem.Kemudian gulung.
  • Sapu atasnya dengan bahan sapuan kemudian bakar pada suhu 160'C selama 20 minit atau sehingga masak.(suhu dan masak bergantung pada jenis oven)
  • Jika adunan keras yakni gulungan putus-putus bolehlah tambah sedikit lagi marjerin/mentega sehingga mendapat adunan yang betul-betul lembut.
Resepi Rahsia Buat Tart Nenas Gulung Cair Dilidah Resepi Rahsia Buat Tart Nenas Gulung Cair Dilidah Reviewed by penghentam setia on 07:15 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.