latest comments

Cara membuat kuih bulan Homemade sememangnya HALAL


Resepi Mooncake @ Kuih Bulan Homemade

Bahan utama nak buat kuih bulan ialah Sugar Syrup / Golden Syrup. Boleh beli kat kedai atau boleh juga buat sendiri jika rajin.

Resepi Sugar Syrup

  • Sedikit gula Maltose (beli kat kedai atau buat sendiri guna 1/2 cawan gula + 3 sudu air + hirisan lemon)
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1/2 biji hirisan lemon
  • 1/2 sudu makan garam
Cara-cara: Masak dalam periuk hingga adunan pekat. Titis air dalam adunan dan jika adunan tidak merebak maka sugar syrup sudah sempurna kejadiannya. Biarkan sejuk.

Resepi Kulit Mooncake

  • 3/4 cawan sugar syrup / golden syrup
  • 1/3 cawan minyak kacang
  • 1 sudu teh alkaline water / air abu (kedai bakery ada jual)
  • 1 cawan tepung kek / low protein flour
  • Secubit garam
Cara-cara: Campur sugar syrup + minyak kacang + air abu hingga sebati. Masukkan tepung dan garam. Kacau adunan dengan senduk kayu. Bungkus adunan menggunakan wraping plastic dan rehatkan selama 1 jam.
Selepas tu gentel bentuk bulat dan timbang supaya bersesuaian dengan berat acuan mooncake. Pastikan kurang separuh dari berat mooncake sebab nak kena masuk berat inti juga.
Kalau nak kulit mooncake yang tebal boleh lebihkan berat bebola kulit mooncake dan sebaliknya.

Resepi Inti Mooncake

Inti atau filling mooncake adalah mengikut citarasa korang sendiri.
  • salted egg yolks (kuning telur masin) – ambil kuning dan di kukus
  • lotus seed paste
  • red bean paste
  • green tea paste
Nota: Paste mooncake tu boleh dicampur dengan bijirin atau kekacang kegemaran yang sudah disangai seperti sunflower seeds, pumpkin seeds, chia seeds, sesame seeds dan lain-lain. Boleh juga campur buah-buahan kering seperti kurma, apricot, kismis, berries dan sebagainya.

Contoh Timbangan Untuk Acuan 75gm

  • Kulit mooncake 35gm
  • Inti mooncake 40gm
Leperkan adunan kulit mooncake dan letak bebola inti mooncake di atas. Kemudian balut dan gentel menjadi bebola. Masukkan dalam acuan mooncake yang sudah ditabur sedikit tepung dan tekan perlahan untuk membentuk mooncake.

Cara Masak Mooncake

Susun mooncake dalam dulang dan spray sedikit air supaya tidak merekah. Bakar pada suhu 180’c selama 15 minit.
Biarkan selama 5 minit kemudian sapu bancuhan telur kuning + 1 sudu susu pada permukaan mooncake.
Bakar semula mooncake pada suhu 180’c selama 20 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara selama 3 hari sebelum boleh dimakan.
Take note: Acuan mooncake adalah mengikut berat mooncake iaitu samada 50gm, 75 gm atau 125gm.
Mana beli acuan kuih bulan @ mooncake? Acuan mooncake ada dijual online di 11th Street dan Lazada Malaysia.
Cara membuat kuih bulan Homemade sememangnya HALAL Cara membuat kuih bulan Homemade sememangnya HALAL Reviewed by penghentam setia on 06:34 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.