latest comments

Resepi Meletop Ais Kepal Milo Kini Rahsianya Terbongkar


Resepi ais kepal milo 

Bahan-bahan: 
1/2 susu krimer manis 
Ais batu secukupnya untuk dikisar
1 sudu besar serbuk coklat 
8 sudu serbuk Milo 

Cara membuatnya: 

  1. Kisar ais batu menggunakan blender 
  2. Kemudian, masuk ais yang dikisar tadi dalam mangkuk. 
  3. Campurkan serbuk milo, serbuk coklat dan susu krimer manis. Kemudian, gaul dengan mixer. 
  4. Selepas itu, siram campuran tadi di atas ais kepal. 
  5. Untuk topping, anda boleh menambah taburan kacang halus atau serbuk biskut. 
  6. Ais kepal milo siap untuk dinikmati 

Ais kepal milo: Hadkan sukatan susu krimer

Untuk ibu-ibu yang ingin berikan anak minum ais kepal milo anda boleh menyukat kandungan gula sendiri seperti menghadkan penggunaan susu krimer atau mengurangkan sudu serbuk milo.
Ia terpulang kepada anda kerana sukatan gula dalam resepi ini  tinggi. Jadi ibu perlu mengubah sukatannya sendiri. Asalkan ia masih enak dan manis untuk dinikmati. 
Nasihat daripada pakar Dr Luciana,  ibu bapa perlu membatasi kandungan gula dalam minuman manis sebelum berikan pada anak-anak.
Seperti minuman ais kepal milo ini susu krimer manis mengandungi 20 grm gula. Jadi ibu boleh menyukatnya sendiri atau mengurangkan sedikit susu krimer dalam sajian ini. 
Di bawah kami kongsikan video resepi ini
Kini, ais kepal semakin mendapat tempat di hati para peminat minuman milo. Dikhabarkan dari media tempatan, ais kepal ini popular di Kuala Kangsar Perak pada penghujung tahun lalu.
Pemiliknya bernama Saed Lamin dan isteri, Shariah Hashim. 
Kemudian ramai orang mencubanya sendiri di rumah dan kesedapannya memang cukup umpp!!
Jadi, kalau ibu agak malas nak buatnya di rumah bolehlah dapatkannya di Kuala Kangsar. Secara tak langsung, kita dapat support perniagaan mereka ini. 
Selamat mencuba! 
Sumber : theasianparent

Resepi Meletop Ais Kepal Milo Kini Rahsianya Terbongkar Resepi Meletop Ais Kepal Milo Kini Rahsianya Terbongkar Reviewed by penghentam setia on 06:45 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.