Bahan bahan yang diperlukan :
1kg kerang
3 biji cili padi *
1 biji bawang kecil *
1 ulas bawang putih *
1/2 inci belacan bakar *
1 sudu daun ketumbar *
1 biji tomato *
1 s/b sos ikan
1 s/b gula pasir
1 s/b jus limau kasturi / nipis
1/2 cawan jus asam jawa
Cara penyediaan :
- Cuci kerang dan rebus sampai kerang terbuka sedikit. Buang sebelah kulitnya, dan simpan didalam air sejuk / ais supaya tak kecut
- Cincang / potong dadu kesemua bahan bertanda *
- Toskan kerang tadi, letakkan didalam manguk / piring.
- Campurkan bahan yg dipotong dadu dengan sos ikan, gula, air limau dan asam jawa l. Adjust rasa secukpnya masam, manis, pedas... Tak payah garam sebab sos ikan tu dah masin
RESEPI KERABU KERANG ALA THAI MELETOP
Reviewed by penghentam setia
on
01:26
Rating:
No comments: