latest comments

Ayam Percik Sepastinya Sedap. MESTI CUBA!!!

Sumber Gambar : Ceriasihat


  • Bahan-bahan (Kuah) 4-5 orang
    9 ulas bawang merah (dikisar)
    1 ulas bawang putih (dikisar)
    1/2 inci halia (dikisar)
    2 sudu besar cili kisar
    1 tin santan
    1/4 sudu besar halba (fenugreek seeds)
    3 batang serai (diketuk)
    Sedikit belacan
    Garam dan gula secukup rasa
    1/2 cawan air
    Minyak masak untuk menumis
    Bahan-bahan (Perap ayam)
    1/2 ekor ayam
    4 ulas bawang merah
    1 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 batang serai
    1/2 sudu besar ketumbar
    1/2 sudu besar jintan putih
    Cara-cara
    1. Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam dalam oven selama 40 minit dengan suhu 180 celcius.
    2. Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
    3. Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
    4. Masukkan santan, halba, belacan dan serai. Kacau hingga sekata.
    5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
    6. Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
    7. Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.
    Ayam tu kalau tak nak bakar, boleh je panggang. Bahan-bahan untuk perap ayam pun terpulang pada citarasa masing-masing.
    P/S: Terima kasih kepada mak saya kerana sudi berkongsi resepi ini.
Ayam Percik Sepastinya Sedap. MESTI CUBA!!! Ayam Percik Sepastinya Sedap. MESTI CUBA!!! Reviewed by penghentam setia on 06:55 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.