latest comments

Resepi Soto Letops



Sini cik tie tepek resepi soto. Soto ni makan dengan sambal kicap letops, bergedil ditambah lagi dengan suhun rangup, mahunya tak sedor habis 2 mangkuk soto. Tak susah pun buat soto ni, buat sendiri lagi puas hati, boleh makan banyak kali gitew. Ada rahsia nak bagi sambal kicap tahan lama & sedap. Bergedil pun ada caranya supaya tidak pecah. Korang cubalah, rugi tak cuba tau.

RESEPI SUP SOTO
1 ekor ayam – potong 4
3 sudu besar rempah soto/rempah sup
¼ sudu kecil serbuk lada putih
1 jug air
4 sekawan -Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
Bahan kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
Cara masak
Tumiskan 4 sekawan dan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau & sedikit kuning. Kemudian, masukkan ayam bersama dengan rempah soto/rempah sup. Jika tiada rempah soto ganti dengan rempah sup.
Kacau sehingga sebati dengan ayam. Bila sudah sebati dengan ayam, tuangkan air. Masukkan serbuk lada putih, perasakan dengan garam. Masakkan sehingga mendidih & ayam masak.
Setelah masak, keluarkan ayam. Gorengkan ayam sehingga luarnya garing. Angkat dan carikkan ayam.



SAMBAL KICAP KETAGIH
Bahan-bahan:
2 genggam cili padi hijau
2 ulas bawang putih
Kicap
Cara masak:
Goreng seketika dua bahan di atas.
Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng. Bila digoreng sambal kicap akan tahan lama & lebih sedap.
Kisarkan dalam blender dengan kicap. Kicap tu letak sehingga tutup paras cili.
Kisar sehingga hancur semuanya.
RESEPI BERGEDIL
Bahan-bahan:
5 biji kentang – kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
3 sudu besar daging cincang/ayam cincang
3 sudu besar bawang goreng
Sedikit daun sup
¼ sudu kecil serbuk lada putih
Garam
1 biji telur ayam


Cara masak:
Goreng dulu ubi kentang sehingga lembut & kekuningan.
Lenyekkan ubi kentang semasa masih panas. Masukkan daging cincang, daun sup, lada putih & garam. Bentukkan bergedil.
Panaskan kuali.
Sementara itu, pecahkan telur, kacau telur.
Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.
Selamat mencuba korang semua.

Sumber : Khadijah Jaafar
Resepi Soto Letops Resepi Soto Letops Reviewed by penghentam setia on 23:24 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.