latest comments

Cara Membuat Roti Gebu Dan Lembut, Melebihi 7000 Share Resepi Ini


Bahan – bahan untuk membuat roti gebu ini adalah seperti di bawah

Bahan A
150ml air suam
1 sudu makan penuh yis
1 sudu makan penuh susu pekat
1 sudu makan penuh gula
Bahan B
250 gram tepung gandum/all purpose
Secubit garam
1 sudu makan penuh gula
1 biji telur
Bahan C
300 gram butter yang telah dicairkan
.
Jadi semua bahan membuat roti gebu ini dah ada , so jom tengok langkah demi langkah membuat roti gebu ini. 

Pertama , campurkan Bahan A dan kacau sehingga berbuih . Masukkan ke dalam Bahan B . Jika doh roti gebu anda melekit , biarkan . Ini memang kebiasaan pada fasa ini. 
.
Kedua , masukkan Bahan C ke dalam campuran bahan doh roti gebu tadi. Dan bermulah proses menguli dengan penuh kasih sayang dan baling-baling manja doh roti gebu sehingga menjadi kenyal atau elastik. Kebiasaan proses ini akan memakan masa ke dalam 15-20 minit menggunakan tangan. Beruntung siapa yang ada mesin penguli roti. Heee.
.
Ketiga , jika tangan anda terpalit atau terlekat doh , ambil sedikit tepung gandum dan sapu pada tangan dan teruskan menguli tanpa jemu doh roti gebu sehingga tiada lagi doh yang terlekat pada tangan. Maksudnya , proses menyapu tepung pada tangan dilakukan beberapa kali ya. 
.
Keempat , selesai menguli , tutup dengan kain dan letakkan di tempat yang mempunyai suhu sedikit tinggi untuk menaikkan doh roti gebu dalam setengah jam . Selesai setengah jam , tumbuk-tumbuk manja doh roti anda dan biarkan lagi setengah jam sehingga doh menjadi naik sehingga tiga kali ganda dari asal. 

Kelima , bahagikan doh mengikut saiz yang anda suka dan bentuk yang anda minat ya . N jika mahu masukkan  inti , pada ketika inilah masanya. 
.
Keenam , masukkan ke dalam bekas pembakar , sapukan telur atas doh roti gebu anda dan jika tiada inti , boleh lah ditaburkan gula di atasnya. Bakar pada suhu 180’C selama 20 minit lebih kurang bergantung pada oven. Selepas itu bakar menggunakan api atas sahaja untuk 5 minit untuk mendapatkan warna kuning pada bahagian atas. Keluarkan dari oven dan sabu permukaan roti gebu anda dengan butter cair untuk kekal lembut dan gebu .
.
Yeay dah siap roti gebu anda. Memang sedap betullah.

Cara Membuat Roti Gebu Dan Lembut, Melebihi 7000 Share Resepi Ini Cara Membuat Roti Gebu Dan Lembut, Melebihi 7000 Share Resepi Ini Reviewed by penghentam setia on 06:56 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.