Bahan-bahan diperlukan:
1 kg kerang (Bahan Utama)
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi (ikut tahap kepedasan yang anda mahukan)
Tomato ceri dibelah dua
Daun ketumbar dipotong halus
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Air asam jawa
Air limau kasturi
1 sudu kecil sos ikan
Cara-cara:
1. Rebus kerang seketika. Kemudian, rendamkan kerang di dalam air berserta ais kiub supaya kerang lebih cantik apabila dikopek
2. Buang sebelah kulit kerang dan sebelahnya lagi biarkan ia melekat bersama isinya. Asingkan
3. Tumbuk kasar cili padi dan bawang putih. Campurkan sekali garam dan gula secukupnya.
4. Tuangkan pula air asam jawa, air limau kasturi dan sos ikan. Gaul sehingga sebati.
5. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas yang mengandungi kerang. Gaul sehingga bahan sebati dengan kerang.
6. Masukkan tomato ceri dan daun ketumbar. Gaul sehingga rata. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Mila Campak Campak
Kerabu Kerang Ala Thai Mesti Cuba.
Reviewed by penghentam setia
on
20:08
Rating:
No comments: