latest comments

Resepi Nasi Kandar Mamak Homemade, Padu Toksah Habaq La Noh.. TRY BARU KOMEN

 


RESEPI NASI KANDAQ MAMAK
Resepi Kuah Kari Kaw Taruk Atas 
( kosong, tanpa ikan@ayam@daging)
2 paket kecil serbuk rempah kari daging Babas
2 paket kecil serbuk rempah kari ikan Babas
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
( semua rempah & serbuk2 dicampur dan gaul dengan air 1/2 cawan, kacau sebati)
Bahan2 kisar:
1 biji bwg besar*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(Semua bahan bertanda * diatas di kisar@ ditumbuk halus)
2 ketul kiub pati ayam
Gula
Garam
Air asam jawa
Air secukup nya
Minyak 3/4 cawan
Bahan2 tumis:
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba campur
Cara2:
-Panaskan minyak dlm periuk...bila panas tumis bahan2 tumis hingga naik bau..
- kemudian masukkan bahan2 kisar tadi...Bila dah harum masukkan rempah2 dan serbuk cili & kunyit yg dah di bancuh tadi..
- kemudian kacau2 hingga naik minyak..bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya maka segera tambahkan air...Biarkan ia mendidih hingga sedikit kering,kemudian tambah lagi air dan biarkan ia mendidih sekali lagi.. Proses ni yg akan menyedapkan kuah kari..
- Selepas itu masukkan kiub pati ayam,gula, garam, pes asam jawa adabi 1/2 sudu besar atau kalau guna air asam jawa pekat letaklah 1 sudu besar..
- Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap... last sekali bila hampir selesai boleh bubuh lagi daun kari.. Rasa dulu sblm selesai kan masak ye..
-Dah siap kuah mamak dan boleh taruk atas nasi @ ayam.
***resepi kuah mamak ini hanya perlu buat jika anda buat ayam goreng mamak atau berempah sahaja tetapi jika anda buat kari ayam@daging maka tak perlulah buat kari mamak lagi ye..
Kari mamak ini juga jika suka anda boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan rempah dah masak tadi... Baru masukkan air...
P/s : kpd penggemar kaki ayam.. boleh juga masukkan kaki2 ayam sahaja dalam kari kaw ni..untuk beri perisa yg lebih ummpphh pada kuahnya...
______________________________________________________



Masak Hitam Manis Mamak

Bahan2:
2 kiub pati daging maggi
1/2 cawan kicap
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
Bahan2 digoreng tanpa minyak dan dikisar kering:
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
3/4 sudu besar biji ketumbar
1/4 sudu besar lada hitam
Bahan kisar basah:
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
7 tangkai cili kering dikerat, direbus dahulu & dicuci bersih -toskan
Rempah ratus yg lain:
3 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
1 sudu kecil pes asam jawa adabi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak utk menumis
Cara2
- Panaskan minyak dan tumis daun kari, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama bahan2 kisar basah sehingga naik bau..
- masukkan rempah2 kering yg dikisar tadi..
- Masukkan kiub pati daging..Kacau hingga mesra... masukkan sedikit air.. perlahankan sedikit api.. biarkan hingga ia memekat..
- Setelah pekat masukkan asam jawa, garam, perasa, kicap & sos tomato serta sedikit air panas...Masak sehingga kuah agak pekat dan mesra...
- Rasa.. sesuaikan rasa dengan citarasa yg anda inginkan..
- Siap dan boleh dihidangkan..
p/s:
Untuk pengetahuan semua saya mmg tak letak daging atau ayam pun dalam masakan hitam manis saya utk menu nasi kandaq ni.. sama seperti kari kaw saya... saya cuma gantikan daging@ayam dgn kiub pati daging 2x.. sbb saya cuma inginkan kuahnya.. so saya masak kosong je..kalau sesiapa yg suka boleh ikut cara saya.. mmg tak mengecewakan pun rasanya wpun tanpa daging atau ayam didalamnya..tapi kalau anda nak letak daging @ ayam takde masalah.. boleh je..👍🏻👌🏻🤗
______________________________________________________________




Ayam goreng mamak

Bahan2 ayam goreng mamak:
1 ekor ayam - dipotong 8 & dicuci bersih
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar pes halia
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu kecil lada sulah
1 biji limau nipis
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Minyak yg banyak utk menggoreng
Cara2:
- Gaulkan tepung jagung, tepung beras bersama bawang putih dan halia...Gaul rata...
- Masukkan serbuk kari,serbuk cili, serbuk kunyit,lada sulah, garam, gula dan perahan air limau nipis... Kacau rata...
- Masukkan ayam dan sedikit air...Perap selama 20- 30minit...
- Gorengkan ayam secara deep fry ye...mula2 masukkan ayam pastikan minyak betul2 dah panas.. lepas ayam dah masuk perlahankan api dan gorengkan hingga garing.. angkat & toskan...siap untuk dihidangkan.. saya suka goreng size besar..lepas goreng saya kerat2kan.. ala2 macam kat kedai mamak..😘❤️️👍🏻
__________________________________________________________________




Resepi nasi kuning:-

Bahan-bahannya:
4 cawan beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
5 cawan air (guna cawan yang sama semasa menyukat beras)
1 sup bunjut
1 sudu kecil perasa Tumix Ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil pewarna kuning telur (yellow egg) – untuk menguningkan nasi
Daun pandan disimpul
4 sudu besar margerin untuk menumis
Bawang goreng
Bahan-bahan B (ditumis):
1 biji bawang besar dicincang
2 biji bawang putih dicincang
2 inci halia dihiris nipis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang serai dititik
Penyediaannya:
1. Basuh beras dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan periuk elektrik. Bila periuk telah panas masukkan margerin dan tunggu sehingga cair.
3. Selepas itu tumis bahan-bahan B sehingga naik bau.
4. Masukkan 5 cawan air, sup bunjut, daun pandan, garam, gula, pewarna kuning, dan perasa Tumix ayam. Kacau rata dan tunggu sehingga mendidih.
5. Masukkan beras dan kacau rata. Masak nasi seperti biasa menggunakan periuk elektrik.
6. Bila nasi telah kering, kaup balikkan. Biarkan periuk elektrik dalam keadaan `warm’.
7. Semasa menghidang nasi, taburkan bawang goreng di atasnya... senang je... 
selamat mencuba semua.....
(dalam gbr tu saya guna beras biasa je.. sbb masa balik rumah mak ari tu bras buasa je yg ada...😊😊)
Bahan2 pelengkap menu:
Nasi Kuning
Telur rebus
Bendi -celur
Poppadom
Kubis goreng
.
.
Pemilik Resepi - Adnilsam Apat
tq untuk resepi yang sangat sedap...
cuma nasi tu sy ubah sikit..


Resepi Nasi Kandar Mamak Homemade, Padu Toksah Habaq La Noh.. TRY BARU KOMEN Resepi Nasi Kandar Mamak Homemade, Padu Toksah Habaq La Noh.. TRY BARU KOMEN Reviewed by penghentam setia on 20:17 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.