latest comments

RESEPI CHEESECAKE PADU.. MELELEH AIR LIUR KOT




CHEESECAKE

LAPISAN BAWAH :

1 3/4 serbuk biskut digestive(yg dah dikisar/tumbuk halus)
1 cwn butter cair

LAPISAN CHESSE :



500gm cream cheese (biar lembut pada suhu bilik)
3/4 cwn gula halus (kalu nak manis melebih2,boleh tambah)
2 cb tepung jagung
2 cb esen vanilla
2 sk parutan kulit lemon
3 biji telur (saiz A/besar)
1 kuning telur (saiz besar)
200gm sour cream(krim masam)


2 sk jus lemon

CARA-CARA :

-panaskan oven - 170 darjah celcius
-loyang bulat/petak -8inci

LAPISAN BAWAH



- campur kedua-dua bahan ni (make sure kita boleh kepal serbuk biskut tu
yer, kalu masih berderai, tambah butter skit lagi)
-masukkan ke dalam loyang berukuran 8inci. Tekan/mampatkan dan
ratakan di dalam loyang. Bakar di dalam oven selama 10 min. Ketepikan
dan biarkan sejuk.



-untuk adunan cheese plak, naikkan suhu oven hingga 200 darjah.
-Putar cream cheese hingga kembang. Masukkan gula, dan pukul lagi
hingga kembang dan sebati. Masukkan tepung jagung, esen vanilla dan
parutan lemon. Putar. Seterusnya, dengan menggunakan low speed,
masukkan telur
satu persatu dan akhirnya masukkan telur kuning.
-Seterusnya, masukkan sour cream dan pukul lagi dengan low speed.
Pastikan adunan dikacau sepenuhnya dan tiada bintil2 cheese. Tuangkan
ke atas lapisan biskut.


-Bakar kek pada selama 10minit dengan suhu 200 darjah.Selepas itu,
kurangkan suhu ke 105 darjah dan teruskan membakar selama 30minit.
Matikan oven, dan biarkan kek di dalam oven selama 30minit. Setelah
30minit, buka sedikit pintu oven dan biarkan kek di dalam oven selama
30minit lagi.
-Keluarkan kek dari oven, dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik
sepenuhnya. Seterusnya, tutup permukaan loyang dengan aluminium
foil dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan selama 6 jam.
-Hiaskan kek dengan buah strawberi/ikut citarasa .Saya guna strawberi
jer



Tips:
*kek ni sgt sedap dihidang selepas keluar dari peti sejuk.
*untuk mendapatkan potongan cantik, pastikan pisau bebas comot
(hasil potongan) bagi setiap kerja memotong. Baru cantik lorrr~


*resipi ni sengaja saya lebihkan kuantiti biskut tu, sbb nak dapatkan
lapisan bawah yg tebal. Bagi yg kurang gemar lapisan biskut tebal, boleh
kurangkan menjadi 1cwn biskut hancur saja.
RESEPI CHEESECAKE PADU.. MELELEH AIR LIUR KOT RESEPI CHEESECAKE PADU.. MELELEH AIR LIUR KOT Reviewed by penghentam setia on 20:47 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.