latest comments

Rahsia Resepi Sup Gearbox Meletop


Resepi Sup Gear-Box 

Bahan2:

Tulang Gear-Box *atau tulang bahagian lain lembu*
halia 2 inci diketuk
bawang puteh 3 ulas diketuk
sup bunjut
rempah sup 1 sudu kecil
rempah 4 sekawan: buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
bawang goreng
sehiris perahan limau nipis
cili api 5 - 6 biji
daun sup *jika ada*

Cara:

Rebus tulang sampai empuk *saya rebus guna rice-cooker yang besar +- 2 jam, alhamdulillah sempurna empuknya*
Alihkan periuk dari rice-cooker berpindah ke atas gas-stove.
Masukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan bawang puteh. Teruskan memasak menggunakan api yang kecil.
Sementara itu buat bawang goreng, angkat.
Keluarkan minyak biar tinggal sedikit sahaja, kemudian goreng rempah 4 sekawan. Tutup api.
Masukkan rempah 4 sekawan yang digoreng bersekali dengan minyak yang melekat di kuali itu ke dalam periuk rebusan tulang di dapur satu lagi.
Perasakan dengan garam dan tambah cili api yang di potong dadu
Masukkan sedikit bawang goreng, tutup periuk dan tutup api dapur.
Panaskan balik sup sebelum mula menghidang.
Dalam mangkuk besar, perahkan air asam limau nipis dan taburkan daun sup serta bawang goreng selebihnya di atas sup gear box tu....nyum nyum nyum....

Sumber : fzmenu
Rahsia Resepi Sup Gearbox Meletop Rahsia Resepi Sup Gearbox Meletop Reviewed by penghentam setia on 08:09 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.