latest comments

Resepi rahsia siakap tiga rasa ala Thai (RESEPI RESTOREN)


Bahan Utama Resepi Siakap Tiga Rasa

1 ekor ikan Siakap saiz sederhana (disiang dan dibersihkan)
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil  serbuk kunyit
Tepung gandum @ tepung jagung untuk dilumurkan pada ikan siakap

Bahan Tumisan Sos Tiga Rasa

1 biji Bawang besar (dipotong mayang)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Cili kering 7-10  tangkai (dikisar)
Cili api 5 batang (dibelah dua)
Sos cili 3 sudu besar
Sos tomato 2 sudu besar
Sos tiram 2 sudu besar
Sos ikan 1 sudu besar  (jika ada)
Nenas 1/2 biji (jika tiada, nenas dalam tin) pun boleh.
Tomato 2 biji (dippotong dadu)
5 helai daun limau purut (dicarik, buang uratnya)
1 batang serai (ditumbuk )
Secawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara Memasak Resepi Mudah dan Sedap Siakap Tiga Rasa


  1. Panaskan kuali dengan minyak untuk menggoreng.
  2. Ikan siakap dikelar dan digaul dengan garam dan kunyit serta tepung gandum.
  3. Goreng secara deep fry, bila warna ikan goreng bertukar keemasan, angkat dan dan letak ketepi sementara untuk tos lebihan minyak goreng tadi.
  4. Keluarkan separuh dari minyak goreng ikan tadi. Anda tidak perlu membazir masa dan kos, terus tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili api, serai dan daun limau purut. Apabila bahan tumisan berbau wangi masukkan cili kisar dan biarkan garing sebentar. Jika anda tidak gemarkan pedas, boleh langkau cili kisar dan boleh terus masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan (jika ada). Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Ketika ini, sos sudah menjadi pekat dan sekiranya anda gemar berkuah, boleh cairkan dengan memasukkan sedikit air.
  6. Kemudian, masukkan hirisan tomato dan nenas kedalam sos tiga rasa tersebut. Kacau sebentar dan kemudian curahkan keatas ikan siakap yg telah digoreng tadi. Siap untuk dihidang bersama nasi panas-panas.

Resepi rahsia siakap tiga rasa ala Thai (RESEPI RESTOREN) Resepi rahsia siakap tiga rasa ala Thai (RESEPI RESTOREN) Reviewed by penghentam setia on 05:16 Rating: 5

2 comments:

  1. Masakan ni memang pedas sangat. Sape ada gastrik tak di galakkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada citarasa masing2 untuk mengurangkan bahan. terima kasih kerana memberi respon

      Delete

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.