latest comments

Resepi Nasi Ayam Penyet Original Mudah Dan Cukup Sedap

Image result for ayam penyet

NASI AYAM

BAHAN UNTUK NASI AYAM

  • 3 cawan beras – cuci bersih dan toskan airnya
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • 4 biji pelaga
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit garam
  • sedikit butter

CARA MEMBUAT NASI AYAM

  1. Pertama panaskan butter, selepas tu tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih, dan pandan hingga harum. masukan beras dan masak sebentar kurang lebih 5 minit.
  2. Masukan air rebusan ayam, perasakan dengan garam dan masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna.

AYAM PENYET

BAHAN UNTUK AYAM PENYET

  • 1 ekor ayam

BAHAN UNTUK PERAPAN

  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
  • 1 cm halia
  • 1 biji telur (tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup)
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 1/2 cawan tepung beras (tambahan untuk ayam berkeriuk rangup)
  • sedikit air untuk mengisar
  • minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT AYAM PENYET

  1. Pertama, Potong ayam ikut kesesuaian biasanya dipotong 4 atau 8 dan cuci ayam bersih-bersih dan rebus ayam hingga empuk, dapat pula tambahkan kiub ketika merebus ayam. bila dah empuk angkat dan toskan.
  2. Selepas tu, goreng jintan putih, jintan manis dan ketumbar di dalam kuali tanpa minyak sampai harum. kemudian masukan bahan yang disangai tadi bersama serbuk lada putih, halia, garam ,bawang putih, serbuk kari, dan serbuk kunyit.
  3. Tambahkan sedikit air dan kisar sampai halus. bila dah halus, lumurkan pada ayam yang dah kita rebus tadi. (bila anda ingin rasa yang lebih sedap perap ayam semalaman sebelum digoreng dan bagi anda yang nak cepat 2 hinga 3 jam pun boleh).
  4. Baki perapan ayam atau tauhu dan tempe itu kemudian anda campurkan dengan telur dan tepung beras. dan jika kurang masim anda boleh menambahkan sedikit garam dan kacau rata.
  5. Celupkan ayam dalam campuran tadi dan goreng ayam sampai kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknya. bila anda tak suka dengan ayam yang dicelup tepung anda boleh menggoreng ayam yang diperap tadi.

SUP AYAM

BAHAN UNTUK SUP AYAM

  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 bungkus sup bunjut
  • baki air rebusan ayam
  • daun bawang dan daun sup – dihiris
  • bawang goreng – untuk hiasan

CARA MEMBUAT SUP AYAM

  1. Baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat sup dan separuh lagi kita buat untuk menanak nasi dan panaskan semual atas dapur, kemudian tambahkan halia, serai, dan sup bunjut dan masak hingga mendidih
  2. Selepas tu perasakan dengan garam dan taburkan daun bawang dan daun sup (anda boleh taburkan daun bawang bila suka)

SAMBAL AYAM PENYET

BAHAN UNTUK SAMBAL AYAMPENYET

  • 10 tangkai cili padi
  • 10 biji bawang merah – belah 4
  • 10 biji tangkai cili merah
  • 5 biji tomato – belah 4
  • 5 cm belacan bakar
  • 3 sudu besar gula merah
  • 3 biji bawang putih- dihiris
  • 2 sudu makan ikan hilis
  • limau kasturi atau limau nipis
  • sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUAT SAMBAL PENYET

  1. Pertama, panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis hingga garing. angkat dan ketepikan. dengan minyak yang sama goreng bawang merah, tomato, cili merah, dan cili padi hingga layur.
  2. Tunggu bahan ini hingga sejuk sikit, kemudian masukan bahan yang digoreng tadi dan ikan bilis ke dalam mesen kisar. kisarkan sekali belacan bakar.
  3. Baki minyak kita menggoreng tadi panaskan lagi dan tumiskan semua bahan kisar tadi sampai harum.
    Terakhir, perasakan dengan sedikit garam dan gula merah. angka dan hidangkan. bila nak makan perahkan limau.

Resepi Nasi Ayam Penyet Original Mudah Dan Cukup Sedap Resepi Nasi Ayam Penyet Original Mudah Dan Cukup Sedap Reviewed by penghentam setia on 17:45 Rating: 5

No comments:

Artikel Pilihan

Loading...
Powered by Blogger.